Saturday, January 26, 2013

Mencari Ketenagan

Aku seperti hari-hari biasa menjalani kehidupan yang biasa-biasa saje...terkadang merasa bosan. Semua orang ada impian...begitu jugak aku...dan impian aku masih lagi belum tercapai. Aku bukanlah inginkan kemewahan tetapi kesederhanaan. Aku selalu ingat pesan mak...dan jugak potongan dari hadis nabi "Sebaik-baik perbuatan biarlah bersederhana". Ya itu yang selalu aku praktikkan dalam kehidupanku. Thanks mak for being such a good mom!

Aku memang telah dididik oleh arwah abah... Aku teramat-amat kagum dengan abah. Sikapnya yang penyabar dengan karenah anak-anak terutama sekali aku. Bila sampai je waktu solat dia sering mengingatkan aku supaya mengerjakan solat. Semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama dengan org2 yang beriman. Biasalah.. keje dalam bidang IT nie tak tentu masa. Bila sampai umah... lps semayang maghrib... aku ajar anak aku mengaji. Nak kate terer tu tak de laa..tapi tau la sikit2 panjang pendek sebutannya. Sebab aku pikir time tu lah dapat bersama dengan anak2. Haa.. yang sorang lagi tu baru berumur 2 tahun... pon dok sibuk nak ngaji jugak. Layan je ler. Alhamdulillah, syukur dia dah pandai baca Quran walau pon merangkak2..Tapi kira ok la tu umur pon baru 8 tahun. So rasenye die boleh catch-up lagi.

Berbalik kepada impian aku tadi, masih ada lagi yang belum tercapai. Memiliki rumah yang lebih selesa dan kalau boleh biarlah berdekatan dengan surau/masjid. Kereta...hmm dah ade dah...walaupon tak secanggih kereta org lain...tapi mampulah jugak memiliki kereta. Cumanya klu ade rezeki nanti aku ingat nak jugak ambik kete lain pulak. Kerja, buat setakat nie masih boleh manage lagi pressure... so tak ade masalah sangat.

Kepada sesiapa yang ayahnya telah pergi ke Rahmatullah dan kepada anak-anak pejuang Islam di Palestin, Syria, Mali dan dimana jua... lagu nasyid ini ditujukan khas untuk anda. Ingatlah, lakukan perkara yang bermanfaat dan sentiasalah berdoa kepada Allah, kerana setiap amalan yang kita lakukan, ibubapa yang telah meninggal dunia juga mendapat manfaatnya.



No comments:

Post a Comment

Specially for TENNIS Fans




PANDUAN bagi Graduan atau Sesiapa yang sedang mencari pekerjaan